Siapa tak tahu apa tu kamera?? Jgn angkat tangan... Bagus... kalau dah ada kamera tu tahu ke kamera jenis apa korang punyer tu? Apakah yang anda faham mengenai kamera compact, semi compact & kamera DSLR?
Kamera compact adalah kamera yg kecil, ringan & mudah alih. Ianya mudah dibawa dan disimpan dalam beg tangan wanita atau poket seluar jer. Terdapat pelbagai pilihan bentuk dan color. Digunakan oleh kebanyakan pengguna biasa. Janji senang bawa masuk poket & boleh snap gambar.
Kamera semi compact ni pulak lebih besar dari kamera compact. Fungsi pun lebih kurang kamera DSLR. Sering digunakan oleh penggemar fotografi amatur yang tidak kisah mengenai kualiti gambar dan kurang budget utk memiliki kamera DSLR.
Kamera DSLR pula kamera yang besar & berat. Kamera ni paling mahal & menggunakan teknologi yang canggih berbanding jenis kamera yang lain. Digunakan oleh jurugambar professional, wartawan media, peminat fotografi. Hairan yer kamera yang canggih ni mesti saiz besar & berat.
Jadi pilihan di tangan anda... Jangan jadikan hidup anda penuh dengan misteri...